Satu pertandingan surau, musolla & bilik j-QAF akan diadakan pada 21 Jun hingga 3 Julai 2008. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menarik minat sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan bilik tersebut untuk menyertai pertandingan ini. Sarat edaran mengenai pertandingan ini telah dihantar ke sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama.
Surat edaran ke sekolah telah diedarkan dan dilampirkan mengenai perkara yang perlu diberi dan diambil perhatian bagi memantapkan lagi pertandingan tersebut. Kerjasama dari semua sekolah Daerah Petaling Utama untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini diharapkan. Pertandingan ini akan diadili oleh hakim yang telah dilantik. Sekian terima kasih,
by Ust Amin
Filed under: Memo

















